VIDEO
BELAJARTENTANGDEMOKRASI
Ilmu tu kuasa. Nak belajar tentang macam mana demokrasi berfungsi di Malaysia? Siri pendidikan demokrasi ini mengandungi 10 episod yang padat dengan informasi diselangi hiburan, mengenai topik seperti Prinsip-Prinsip Demokrasi, Sistem Kerajaan di Malaysia, Pengasingan Tiga Kuasa, dan banyak lagi.
DEMI DEMOKRASI
ORANG MUDA ADALAHPEMIMPIN PADA HARI INI,BUKAN PADA MASA HADAPAN
Kuasa Orang Muda merupakan kempen untuk menggalakkan orang muda menjadi rakyat yang aktif menerusi pendidikan demokrasi dan inspirasi. Kami mahu melihat lebih ramai orang muda melihat politik sebagai alat membawa perubahan, dan lebih ramai wakil dari orang muda di dalam Persatuan Penduduk, jadi Ahli Majlis, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen - suatu hari nanti!
SOALAN LAZIM
Mengundi adalah hak anda untuk memilih sesiapa sahaja yang anda percaya untuk mewakili suara anda dalam kerajaan. Undi adalah kuasa.
Jika anda rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, ini adalah peluang keemasan. Bukan semua orang dalam negara kita ada hak ini, seperti mereka yang tiada dokumen, pelarian, rakyat di bawah umur 18 tahun dan sebagainya. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.
Ingat, mengundi bukan satu-satunya cara, banyak lagi cara untuk kita menjadi rakyat yang aktif. Namun, sebagai rakyat di bawah sistem demokrasi, mengundi adalah hak yang tidak harus anda sia-siakan.
Mengundi akan membawa perubahan, jika:
Kita mengundi pemimpin yang kita kenal. Oleh itu, sebelum setiap pilihan raya, kita harus mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang rekod kerja dan kaliber calon pilihan raya kita.
Jangan lupa, kita mempunyai hak untuk memeriksa dan menyoal kembali pemimpin yang kita undi tentang pelbagai isu dan janji yang mereka katakan.
Ahli Parlimen, ADUN dan semua orang yang dipilih menerusi proses demokrasi harus bertanggungjawab kepada semua pemilih. Mereka harus menggubal polisi sekitar orang yang terkesan oleh polisi, iaitu rakyat.
Mengundi bukanlah satu-satunya cara untuk membawa perubahan. 'Check and balance' dan aktivisme dalam komuniti juga membawa perubahan yang lebih besar!
Terdapat banyak kebaikan jika anda berpolitik. Ingat, politik adalah anda menjadi aktif dalam komuniti, dan bukan sekadar parti politik!
- Anda dapat menyampaikan suara dan pendapat, jika anda aktif dalam komuniti dan memegang jawatan atau menjadi sebahagian daripada organisasi penduduk.
- Anda akan lebih cakna isu semasa. Jika membuat perubahan dalam komuniti adalah sebahagian daripada hidup anda, sudah tentu anda akan ikuti pelbagai isu semasa!
- Masa hadapan negara akan lebih mampan dan progresif dengan lebih ramai orang muda yang menjadi aktif dalam komuniti, menggerakkan kesatuan dan sudah tentu, akan menjadi kepimpinan. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memerlukan lebih ramai orang muda!
- Polisi dan keputusan penting dalam kerajaan akan lebih bermanfaat kepada belia jika belia yang bersuara dan polisi mengambil kira suara belia.
Terdapat banyak cara untuk membawa perubahan kepada komuniti anda, termasuklah:
- Menjalankan kerja impak sosial bersama kawan-kawan sekomuniti. Kerja impak sosial ini seperti projek pendidikan yang memberi manfaat kepada anak-anak komuniti, projek kitar semula, projek ekonomi mandiri untuk komuniti dan banyak lagi.
- Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa Persatuan Penduduk, JKKK dan organisasi yang membuat polisi dan mentadbir komuniti. Adalah penting untuk belia memegang jawatan di dalam persatuan penduduk, kerana pemegang jawatan merupakan mereka yang menggubal polisi dan membawa suara penduduk. Ingat, politik bukan sekadar parti -- memegang jawatan dalam komuniti juga politik yang membawa suara rakyat.
- Berkempen tentang isu yang penting di dalam media sosial dan di komuniti sekitar. Kaji fakta anda secukupnya dan bawa isu anda, bukan sekadar di media sosial, komuniti, malah kepada wakil rakyat!
- Mengundi dan mengajak kawan-kawan serta ahli komuniti untuk turut serta mengundi, dan bawa isu anda kepada wakil rakyat sedia ada atau yang akan bertanding. Yang penting, suara anda didengari.
- Bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang, dan bawa isu rakyat, terutamanya isu belia, wanita dan golongan rentan!
Ya betul, penyertaan politik belia merupakan masalah yang besar.
Di Malaysia dan negara lain, politik sering dilihat seperti partisan dan kotor. Ini menyebabkan ketidak-pedulian belia di dalam politik seperti yang dibuktikan menerusi Indeks Belia Malaysia - domain sosialisasi politik yang rendah pada tahun 2020. Hanya:
- 29.81% belia menyertai aktiviti politik;
- 26.84% belia mengikuti berita tentang perkembangan politik; dan
- 26.58% belia bersosialisasi tentang politik
Oleh itu, sebagai belia yang cakna tentang pembangunan negara, kita haruslah belajar dan beraktiviti sebanyak mungkin untuk meningkatkan peratusan sosialisasi politik yang rendah dalam kalangan belia, kerana belia bukan pemimpin pada masa hadapan - belia ada pemimpin hari ini!
Menurut kajian Merdeka Center pada tahun 2021, belia mempunyai pandangan yang bercampur tentang arah tuju negara, 46% berpendapat bahawa arah tuju negara adalah betul dan 42% berpendapat arah tuju negara adalah salah. Sebab utama belia merasakan bahawa arah tuju negara adalah betul adalah kerana pemerintahan (17.6%) dan kepimpinan (11.6%); manakala belia yang merasakan bahawa arah tuju negara adalah salah adalah disebabkan ketidak-stabilan politik (24.7%) dan keadaan ekonomi yang negatif (20.9%).
Oleh itu, ramai belia mempunyai sikap tidak peduli kepada politik, kerana politik sangat berkisarkan politik kepartian. Namun, menurut kajian, belia lebih selesa berdiskusi dan berbincang tentang isu politik dengan kawan-kawan, rakan sebaya, ahli keluarga, guru dan pensyarah berbanding dengan menyertai parti politik dan terlibat secara terus (Nor Anita, 2017). Belia juga lebih mengambil tahu tentang isu semasa dan politik menerusi media massa, berbanding diskusi dengan kawan-kawan, institusi pendidikan dan ibu bapa (Kathryn, 2008), manakala Internet dan media sosial merupakan tempat mengumpul maklumat, terutamanya Facebook dan Twitter (Noor Azma, 2014). Kini, platform bersosialisasi politik untuk belia adalah aktiviti seperti menonton berita, menyertai forum atas talian dan berbincang di dalam media sosial.
Politik bukan sekadar parti. Politik adalah hak dan kuasa untuk mengubah negara kepada yang lebih baik. Anda adalah pengubahnya, kerana politik muda harus bermula dari sekarang. Lebih ramai orang muda aktif dalam politik, lebih cepat perubahan akan dapat dicapai.
Terdapat banyak cara untuk membawa perubahan kepada komuniti anda, termasuklah:
- Menjalankan kerja impak sosial bersama kawan-kawan sekomuniti. Kerja impak sosial ini seperti projek pendidikan yang memberi manfaat kepada anak-anak komuniti, projek kitar semula, projek ekonomi mandiri untuk komuniti dan banyak lagi.
- Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa Persatuan Penduduk, JKKK dan organisasi yang membuat polisi dan mentadbir komuniti. Adalah penting untuk belia memegang jawatan di dalam persatuan penduduk, kerana pemegang jawatan merupakan mereka yang menggubal polisi dan membawa suara penduduk. Ingat, politik bukan sekadar parti -- memegang jawatan dalam komuniti juga politik yang membawa suara rakyat.
- Berkempen tentang isu yang penting di dalam media sosial dan di komuniti sekitar. Kaji fakta anda secukupnya dan bawa isu anda, bukan sekadar di media sosial, komuniti, malah kepada wakil rakyat!
- Mengundi dan mengajak kawan-kawan serta ahli komuniti untuk turut serta mengundi, dan bawa isu anda kepada wakil rakyat sedia ada atau yang akan bertanding. Yang penting, suara anda didengari.
- Bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang, dan bawa isu rakyat, terutamanya isu belia, wanita dan golongan rentan!
Kempen Kuasa Orang Muda dianjurkan dengan objektif yang berikut:
- Menggalakkan orang muda menjadi rakyat yang aktif
- Membangunkan pengetahuan dan kapasiti belia tentang demokrasi dan politikz
Senang cerita, kami mahu lebih ramai orang muda cakna tentang politik sebagai alat membawa perubahan, dan lebih ramai wakil dari orang muda di dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, hatta Persatuan Penduduk!
KUIZDEMOKRASI
Nak tahu tentang tahap pemahaman demokrasi korang setakat ni? Jom jawab Kuiz Demokrasi ni untuk mengetahui ‘level’ Kuasa Orang Muda korang! Kuiz ini diinspirasikan daripada kuiz “Are You An Extraordinary Citizen?” daripada Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR). P/S Jawablah dengan jujur. 😼
E-PEMBELAJARAN
BELAJAR KUASA ORANG MUDA
Sebuah portal e-pembelajaran di mana anda boleh belajar tentang pelbagai topik penting seperti demokrasi, changemaker dan lain-lain dengan menonton video-video pendek dan menjawab beberapa soalan. Boleh dapat sijil setelah selesai module. Sesuai untuk anak muda, ibu bapa dan cikgu-cikgu.
MUAT TURUN
TOOLKIT & MODUL
Anda tengah cari bahan untuk berkongsi tentang demokrasi? Tengah cari bahan bantu mengajar? Nak dapatkan infografik yang boleh dikongsi secara mudah menerusi Whatsapp? Nak pujuk kawan atau keluarga untuk turun mengundi?
Kami kumpulkan Toolkit dan Modul tentang pendidikan demokrasi dan kerakyatan aktif, khas untuk pengundi muda, pengundi kali pertama, ibu bapa, guru-guru dan sesiapa yang nak belajar lebih lanjut tentang demokrasi. Muat turun dan kongsi!
UNDI SEKARANG
APA KATA ORANG MUDA?
Kongsikan pendapat korang dalam poll undian di bawah. Orang muda ada kuasa untuk membuat keputusan. Kuasa ditangan orang muda!
"*" indicates required fields