DEMI DEMOKRASI

KUASAORANGMUDA!

 
Dengan demokrasi, orang muda ada kuasa untuk mengubah negara!

VIDEO

BELAJARTENTANGDEMOKRASI

 

Ilmu tu kuasa. Nak belajar tentang macam mana demokrasi berfungsi di Malaysia? Siri pendidikan demokrasi ini mengandungi 10 episod yang padat dengan informasi diselangi hiburan, mengenai topik seperti Prinsip-Prinsip Demokrasi, Sistem Kerajaan di Malaysia, Pengasingan Tiga Kuasa, dan banyak lagi.

REEL

APA KATAMEREKA?

Apa kata orang muda tentang demokrasi? Jom tengok ‘reel’ pendek daripada influencer-influencer dan pendapat geng-geng kita tentang demokrasi. Demokrasi ini milik semua - terutamanya kita, orang muda!

DEMI DEMOKRASI

ORANG MUDA ADALAHPEMIMPIN PADA HARI INI,BUKAN PADA MASA HADAPAN

KUASA
ORANG
MUDA!
KUASA
ORANG
MUDA!

Kuasa Orang Muda merupakan kempen untuk menggalakkan orang muda menjadi rakyat yang aktif menerusi pendidikan demokrasi dan inspirasi. Kami mahu melihat lebih ramai orang muda melihat politik sebagai alat membawa perubahan, dan lebih ramai wakil dari orang muda di dalam Persatuan Penduduk, jadi Ahli Majlis, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen - suatu hari nanti!

SOALAN LAZIM

KENAPA SAYA KENA MENGUNDI?

Mengundi adalah hak anda untuk memilih sesiapa sahaja yang anda percaya untuk mewakili suara anda dalam kerajaan. Undi adalah kuasa.

Jika anda rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, ini adalah peluang keemasan. Bukan semua orang dalam negara kita ada hak ini, seperti mereka yang tiada dokumen, pelarian, rakyat di bawah umur 18 tahun dan sebagainya. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.

Ingat, mengundi bukan satu-satunya cara, banyak lagi cara untuk kita menjadi rakyat yang aktif. Namun, sebagai rakyat di bawah sistem demokrasi, mengundi adalah hak yang tidak harus anda sia-siakan.

ADAKAH MENGUNDI AKAN MEMBAWA PERUBAHAN?

Mengundi akan membawa perubahan, jika:

  1. Kita mengundi pemimpin yang kita kenal. Oleh itu, sebelum setiap pilihan raya, kita harus mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang rekod kerja dan kaliber calon pilihan raya kita.

  2. Jangan lupa, kita mempunyai hak untuk memeriksa dan menyoal kembali pemimpin yang kita undi tentang pelbagai isu dan janji yang mereka katakan.

Ahli Parlimen, ADUN dan semua orang yang dipilih menerusi proses demokrasi harus bertanggungjawab kepada semua pemilih. Mereka harus menggubal polisi sekitar orang yang terkesan oleh polisi, iaitu rakyat.

Mengundi bukanlah satu-satunya cara untuk membawa perubahan. 'Check and balance' dan aktivisme dalam komuniti juga membawa perubahan yang lebih besar!

APAKAH KEBAIKAN YANG SAYA AKAN DAPAT JIKA MENYERTAI POLITIK?

Terdapat banyak kebaikan jika anda berpolitik. Ingat, politik adalah anda menjadi aktif dalam komuniti, dan bukan sekadar parti politik!

  1. Anda dapat menyampaikan suara dan pendapat, jika anda aktif dalam komuniti dan memegang jawatan atau menjadi sebahagian daripada organisasi penduduk.
  2. Anda akan lebih cakna isu semasa. Jika membuat perubahan dalam komuniti adalah sebahagian daripada hidup anda, sudah tentu anda akan ikuti pelbagai isu semasa!
  3. Masa hadapan negara akan lebih mampan dan progresif dengan lebih ramai orang muda yang menjadi aktif dalam komuniti, menggerakkan kesatuan dan sudah tentu, akan menjadi kepimpinan. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memerlukan lebih ramai orang muda!
  4. Polisi dan keputusan penting dalam kerajaan akan lebih bermanfaat kepada belia jika belia yang bersuara dan polisi mengambil kira suara belia.
KEMPEN KUASA ORANG MUDA ADA MELIBATKAN MANA-MANA PARTI POLITIK KE?
Tidak. Kempen ini tidak melibatkan mana-mana parti politik sama ada dari bahagian kerajaan atau pun pembangkang. Kempen ini ditujukan buat seluruh rakyat Malaysia terutama golongan anak muda untuk mereka lebih memahami tentang sistem demokrasi dan politik dalam negara.
SELAIN DARIPADA MENGUNDI, APA LAGI YANG SAYA BOLEH LAKUKAN?

Terdapat banyak cara untuk membawa perubahan kepada komuniti anda, termasuklah:

  1. Menjalankan kerja impak sosial bersama kawan-kawan sekomuniti. Kerja impak sosial ini seperti projek pendidikan yang memberi manfaat kepada anak-anak komuniti, projek kitar semula, projek ekonomi mandiri untuk komuniti dan banyak lagi.
  2. Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa Persatuan Penduduk, JKKK dan organisasi yang membuat polisi dan mentadbir komuniti. Adalah penting untuk belia memegang jawatan di dalam persatuan penduduk, kerana pemegang jawatan merupakan mereka yang menggubal polisi dan membawa suara penduduk. Ingat, politik bukan sekadar parti -- memegang jawatan dalam komuniti juga politik yang membawa suara rakyat.
  3. Berkempen tentang isu yang penting di dalam media sosial dan di komuniti sekitar. Kaji fakta anda secukupnya dan bawa isu anda, bukan sekadar di media sosial, komuniti, malah kepada wakil rakyat!
  4. Mengundi dan mengajak kawan-kawan serta ahli komuniti untuk turut serta mengundi, dan bawa isu anda kepada wakil rakyat sedia ada atau yang akan bertanding. Yang penting, suara anda didengari.
  5. Bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang, dan bawa isu rakyat, terutamanya isu belia, wanita dan golongan rentan!
ADAKAH PENYERTAAN POLITIK BELIA MERUPAKAN SUATU MASALAH BESAR?

Ya betul, penyertaan politik belia merupakan masalah yang besar.

Di Malaysia dan negara lain, politik sering dilihat seperti partisan dan kotor. Ini menyebabkan ketidak-pedulian belia di dalam politik seperti yang dibuktikan menerusi Indeks Belia Malaysia - domain sosialisasi politik yang rendah pada tahun 2020. Hanya:

  • 29.81% belia menyertai aktiviti politik;
  • 26.84% belia mengikuti berita tentang perkembangan politik; dan
  • 26.58% belia bersosialisasi tentang politik

Oleh itu, sebagai belia yang cakna tentang pembangunan negara, kita haruslah belajar dan beraktiviti sebanyak mungkin untuk meningkatkan peratusan sosialisasi politik yang rendah dalam kalangan belia, kerana belia bukan pemimpin pada masa hadapan - belia ada pemimpin hari ini!

Kenapa penyertaan belia dalam politik sangat rendah?

Menurut kajian Merdeka Center pada tahun 2021, belia mempunyai pandangan yang bercampur tentang arah tuju negara, 46% berpendapat bahawa arah tuju negara adalah betul dan 42% berpendapat arah tuju negara adalah salah. Sebab utama belia merasakan bahawa arah tuju negara adalah betul adalah kerana pemerintahan (17.6%) dan kepimpinan (11.6%); manakala belia yang merasakan bahawa arah tuju negara adalah salah adalah disebabkan ketidak-stabilan politik (24.7%) dan keadaan ekonomi yang negatif (20.9%).

Oleh itu, ramai belia mempunyai sikap tidak peduli kepada politik, kerana politik sangat berkisarkan politik kepartian. Namun, menurut kajian, belia lebih selesa berdiskusi dan berbincang tentang isu politik dengan kawan-kawan, rakan sebaya, ahli keluarga, guru dan pensyarah berbanding dengan menyertai parti politik dan terlibat secara terus (Nor Anita, 2017). Belia juga lebih mengambil tahu tentang isu semasa dan politik menerusi media massa, berbanding diskusi dengan kawan-kawan, institusi pendidikan dan ibu bapa (Kathryn, 2008), manakala Internet dan media sosial merupakan tempat mengumpul maklumat, terutamanya Facebook dan Twitter (Noor Azma, 2014). Kini, platform bersosialisasi politik untuk belia adalah aktiviti seperti menonton berita, menyertai forum atas talian dan berbincang di dalam media sosial.

Politik bukan sekadar parti. Politik adalah hak dan kuasa untuk mengubah negara kepada yang lebih baik. Anda adalah pengubahnya, kerana politik muda harus bermula dari sekarang. Lebih ramai orang muda aktif dalam politik, lebih cepat perubahan akan dapat dicapai.

Kenapa orang muda kena jadi rakyat yang aktif?
Kerana kita faham tentang apa yang kita mahu. Kalau tak ramai orang muda yang aktif dalam politik dan pembuatan polisi, macam mana nak ada polisi atau inisiatif kerajaan yang betul-betul selesaikan masalah belia? Ingat, orang muda kena jadi rakyat yang aktif, kerana kita bukan pemimpin masa hadapan - kita adalah pemimpin pada hari ini.
Macam mana saya nak mengubah masyarakat dan komuniti saya?

Terdapat banyak cara untuk membawa perubahan kepada komuniti anda, termasuklah:

  • Menjalankan kerja impak sosial bersama kawan-kawan sekomuniti. Kerja impak sosial ini seperti projek pendidikan yang memberi manfaat kepada anak-anak komuniti, projek kitar semula, projek ekonomi mandiri untuk komuniti dan banyak lagi.
  • Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa Persatuan Penduduk, JKKK dan organisasi yang membuat polisi dan mentadbir komuniti. Adalah penting untuk belia memegang jawatan di dalam persatuan penduduk, kerana pemegang jawatan merupakan mereka yang menggubal polisi dan membawa suara penduduk. Ingat, politik bukan sekadar parti -- memegang jawatan dalam komuniti juga politik yang membawa suara rakyat.
  • Berkempen tentang isu yang penting di dalam media sosial dan di komuniti sekitar. Kaji fakta anda secukupnya dan bawa isu anda, bukan sekadar di media sosial, komuniti, malah kepada wakil rakyat!
  • Mengundi dan mengajak kawan-kawan serta ahli komuniti untuk turut serta mengundi, dan bawa isu anda kepada wakil rakyat sedia ada atau yang akan bertanding. Yang penting, suara anda didengari.
  • Bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang, dan bawa isu rakyat, terutamanya isu belia, wanita dan golongan rentan!
Kenapa kempen ini dianjurkan?

Kempen Kuasa Orang Muda dianjurkan dengan objektif yang berikut:

  • Menggalakkan orang muda menjadi rakyat yang aktif
  • Membangunkan pengetahuan dan kapasiti belia tentang demokrasi dan politikz

Senang cerita, kami mahu lebih ramai orang muda cakna tentang politik sebagai alat membawa perubahan, dan lebih ramai wakil dari orang muda di dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, hatta Persatuan Penduduk!

KUIZDEMOKRASI

Nak tahu tentang tahap pemahaman demokrasi korang setakat ni? Jom jawab Kuiz Demokrasi ni untuk mengetahui ‘level’ Kuasa Orang Muda korang! Kuiz ini diinspirasikan daripada kuiz “Are You An Extraordinary Citizen?” daripada Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR). P/S Jawablah dengan jujur. 😼

E-PEMBELAJARAN

BELAJAR KUASA ORANG MUDA

Sebuah portal e-pembelajaran di mana anda boleh belajar tentang pelbagai topik penting seperti demokrasi, changemaker dan lain-lain dengan menonton video-video pendek dan menjawab beberapa soalan. Boleh dapat sijil setelah selesai module. Sesuai untuk anak muda, ibu bapa dan cikgu-cikgu.

MUAT TURUN

TOOLKIT & MODUL

Anda tengah cari bahan untuk berkongsi tentang demokrasi? Tengah cari bahan bantu mengajar? Nak dapatkan infografik yang boleh dikongsi secara mudah menerusi Whatsapp? Nak pujuk kawan atau keluarga untuk turun mengundi?


Kami kumpulkan Toolkit dan Modul tentang pendidikan demokrasi dan kerakyatan aktif, khas untuk pengundi muda, pengundi kali pertama, ibu bapa, guru-guru dan sesiapa yang nak belajar lebih lanjut tentang demokrasi. Muat turun dan kongsi!

Activating Malaysians:
The D-I-Y Toolkit

Diterbitkan oleh Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR)

Knock Down The House:
Youth Toolkit

Diterbitkan oleh Netflix

Youth Advocacy Guide

Diterbitkan oleh UNICEF

3 Komponen Utama Bahagian Pilihan Raya

Perundangan Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

Pengundi 18 Tahun
Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA)

UNDI SEKARANG

APA KATA ORANG MUDA?

Kongsikan pendapat korang dalam poll undian di bawah. Orang muda ada kuasa untuk membuat keputusan. Kuasa ditangan orang muda!

https://kuasaorangmuda.com/
/en/the-power-of-youth/
  • PRIVACY NOTICE

    As data subjects providing data to Impact Integrated (201201017845) and/or its related corporations (“Company”), irrevocable consent is deemed granted to the Company’s use and processing of any and all of your personal data that you may provide directly or indirectly to the Company (collectively, “Personal Data”) for the purposes of processing of your data; conducting such verification processes as may be necessary to confirm the veracity of the information / Personal Data provided to / collected by us about you; contacting you; and/or maintaining Company’s records (collectively, “Purposes”).

    The Company may also process Personal Data, which is considered “sensitive” by the Personal Data Protection Act 2010. “Sensitive Personal Data” means any personal data consisting of information as to your physical or mental health or condition, political opinions, religious and beliefs or other beliefs of a similar nature, commission or alleged commission by yourself of any offence or any other personal data that may later be classified by the relevant authority as sensitive personal data (collectively, “Sensitive Personal Data”). For the purpose of this Notice, Personal Data shall include Sensitive Personal Data.

    The Company also wishes to inform you that your Personal Data may be disclosed to locations outside Malaysia and to related corporations of the Company as well as to third parties, such as service providers and governmental agencies, for reasons relating to the Purposes.

    The Company may retain your Personal Data for reasons related to the Purposes.

    You may make written inquiries and, upon payment of a prescribed fee, request in writing for access to, or correction of, your Personal Data or limit the processing thereof at any time hereafter by submitting such request to the Personal Data Protection Officer of the Company via registered post or email (which must be sent from the email address registered with the Company) as set out below.

    Postal address:

    SPACERUBIX, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

    Please note that it will be necessary for the Company to process your Personal Data for the Purposes.

    You represent and warrant that the consent of third parties (e.g. family members and references) whose personal data you have provided or otherwise disclosed directly or indirectly to the Company have been obtained to allow the Company to process the same in relation to the Purposes.

    This privacy notice has been issued in the English language and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies between the said versions, the English version of this privacy notice shall prevail.

  • NOTIS PRIVASI

    Sebagai subjek data yang memberi data kepada Impact Integrated (201201017845) dan / atau berkenaan dengan syarikatnya (“Syarikat”), anda telah memberi persetujuan yang tidak boleh ditarikbalik (irrevocable consent) berkenaan dengan mana-mana penggunaan dan pemprosesan data tersebut oleh Syarikat termasuk semua data peribadi anda, tanpa batasan, yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada Syarikat (secara kolektif, “Data Peribadi”) untuk tujuan pemprosesan data anda; menjalankan proses pengesahan seperti yang diperlukan untuk mengesahkan kesahihan maklumat / Data Peribadi yang diberikan kepada / dikumpulkan oleh kami tentang anda; menghubungi anda; dan / atau mengekalkan rekod Syarikat (secara kolektif, “Tujuan”).

    Syarikat juga boleh memproses Data Peribadi, yang dianggap “sensitif” oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. “Data Peribadi Sensitif” bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, agama dan kepercayaan atau kepercayaan lain yang serupa, kelakuan atau perlakuan yang didakwa terhadap diri anda tentang apa-apa kesalahan atau apa-apa data peribadi lain yang kemudiannya dikategorikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagai data peribadi sensitif (secara kolektif, “Data Peribadi Sensitif”). Untuk tujuan Notis ini, Data Peribadi hendaklah termasuk Data Peribadi Sensitif.

    Syarikat juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada lokasi-lokasi di luar Kawasan Malaysia dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Syarikat serta kepada pihak ketiga, seperti pemberi perkhidmatan dan agensi kerajaan, atas alasan yang berkaitan dengan Tujuan tersebut.

    Syarikat boleh menyimpan Data Peribadi anda untuk alasan yang berkaitan dengan Tujuan tersebut.

    Anda boleh membuat pertanyaan bertulis dan, apabila fi yang ditetapkan telah dibayar, meminta secara bertulis untuk mengakses, atau membetulkan, Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesannya pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi Syarikat melalui pos berdaftar atau email (yang mesti dihantar dari alamat e-mel yang didaftarkan dengan Syarikat) seperti yang dinyatakan di bawah.

    Alamat:
    SPACERUBIX, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

    Sila ambil perhatian bahawa ia adalah perlu bagi Syarikat untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut.

    Anda mewakili dan menjamin persetujuan pihak ketiga (contohnya ahli keluarga dan rujukan) bahawa yang mana data peribadi anda yang telah anda berikan atau yang dinyatakan secara langsung atau tidak langsung kepada Syarikat adalah telah diperolehi untuk membolehkan Syarikat memproses yang sama berhubung dengan Tujuan tersebut.

    Notis ini telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya ada sebarang ketidakseragaman atau pencanggahan antara versi-versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.